Sila log masuk terlebih dahulu.

KPM tidak benarkan edaran komik berdasarkan undang-undang: Maszlee

Maszlee (tengah) menghadiri Program Jom Sekolah 2020 anjuran Yayasan Harapan Pontian di Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Kerang hari ini. - Foto Bernama
Maszlee (tengah) menghadiri Program Jom Sekolah 2020 anjuran Yayasan Harapan Pontian di Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Kerang hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PONTIAN - Tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak membenarkan pengedaran buku komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ kepada institusi pendidikan termasuk sekolah adalah berlandaskan undang-undang, kata Menterinya, Dr Maslee Malik.

"Bab percetakan ini di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN)...jadi, kita bertindak atas nasihat KDN.

"Sebarang komik politik, buku politik atau propaganda untuk diedar ke sekolah, kalau boleh kena melalui salurannya, kalau boleh melalui KDN kerana kita mempunyai undang-undang.

"Kita bertindak atas landasan kedaulatan undang-undang. Apa-apa hal, kita kena rujuk kepada KDN kerana bahan cetak ini ada dia punya akta sendiri," katanya.

Maszlee berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Jom Sekolah 2020 oleh Yayasan Harapan Pontian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Kerang di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai 43 pemimpin akar umbi, termasuk beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri daripada DAP semalam, yang membantah pengumuman melarang pengedaran komik berkenaan daripada memasuki sekolah.

Jumaat lepas, KPM menerusi kenyataan, menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah memberi kebenaran dan kelulusan untuk pengedaran buku komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ kepada institusi pendidikan termasuk sekolah. - Bernama

Artikel Berkaitan: