Segerakan pembinaan benteng berpagar, CCTV di sempadan

Hasanuddin (kiri) meninjau kerja-kerja pembinaan benteng yang giat dilakukan oleh kerajaan Thailand melalui Jambatan Muhibbah Malaysia-Thailand.
Hasanuddin (kiri) meninjau kerja-kerja pembinaan benteng yang giat dilakukan oleh kerajaan Thailand melalui Jambatan Muhibbah Malaysia-Thailand.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Polis Kelantan meminta pembinaan benteng berpagar dan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan sempadan Malaysia-Thailand dipercepatkan memandangkan ia satu keperluan dalam meningkatkan aspek keselamatan di lokasi terlibat.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, pembinaan benteng berpagar itu mampu menjadi garis sempadan kedua-dua buah negara bermula dari Pengkalan Kubor di daerah Tumpat ke Bukit Bunga di Jeli yang akan memudahkan penugasan anggota keselamatan di kawasan berkenaan pada masa hadapan.

"Saya ingin cadangkan kepada pihak berkenaan menyegerakan perkara ini (pembinaan benteng berpagar) sebagai salah satu kepada kepada agensi yang bertugas mengawal sempadan negara dengan tujuan untuk mencegah dan mengurangkan aktiviti yang menyalahi undang-undang negara," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hasanuddin (hadapan) bersama pegawai kanan, pegawai dan anggota meluangkan masa meninjau tahap keselamatan sempadan Malaysia-Thailand di Rantau Panjang hari ini.
Hasanuddin (hadapan) bersama pegawai kanan, pegawai dan anggota meluangkan masa meninjau tahap keselamatan sempadan Malaysia-Thailand di Rantau Panjang hari ini.

Terdahulu, Hasanuddin bersama pegawai kanan, pegawai dan anggota meluangkan masa meninjau tahap keselamatan sempadan Malaysia-Thailand di Rantau Panjang hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif.

Tinjauan Sinar Harian mendapati sebahagian daripada kerja-kerja pembinaan benteng oleh kerajaan Thailand itu sudah siap.

Difahamkan, pembinaan benteng itu bagi mengelakkan negara berkenaan berdepan dengan ancaman banjir pada masa hadapan.

Artikel Berkaitan:

Kelihatan benteng banjir di sempadan Thailand hampir siap dibina.
Kelihatan benteng banjir di sempadan Thailand hampir siap dibina.

Hasanuddin berkata, polis turut berharap pihak berwajib memasang CCTV di sepanjang garis sempadan negara ini sebagaimana dilakukan kerajaan Thailand bagi memudahkan lagi tugas mengawal sempadan negara dan memastikannya berada dalam keadaan terbaik.

"Bukan itu sahaja, pembinaan benteng ini mampu mengelakkan Rantau Panjang berdepan dengan masalah banjir besar pada masa-masa akan datang," katanya.

Hasanuddin berkata, Polis Kelantan akan terus melipatgandakan kerjasama agensi sempadan bagi memastikan keselamatan negara berada pada tahap terbaik.