Mohamad Roy dilantik Ketua Polis Pasir Mas

Ismail (kiri) menyerahkan tugas sebagai Ketua Polis Daerah Pasir Mas baharu kepada Mohamad Roy Suhaimi (kanan) sambil disaksikan Hasanuddin.
Ismail (kiri) menyerahkan tugas sebagai Ketua Polis Daerah Pasir Mas baharu kepada Mohamad Roy Suhaimi (kanan) sambil disaksikan Hasanuddin.
A
A
A

PASIR MAS - Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif dilantik menjadi Ketua Polis Daerah Pasir Mas berkuat kuasa hari ini.

Mohamad Roy Suhaimi yang berasal dari Johor dilantik ke jawatan tersebut bagi menggantikan kekosongan ditinggalkan Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Kelantan.

Tugas Ketua Polis Daerah Pasir Mas sebelum ini dipangku oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintendan Ismail Jusoh yang berkhidmat pada hari terakhir semalam kerana bercuti selama dua bulan sebelum bersara.

Majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Pasir Mas dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Daerah Pasir Mas itu disaksikan Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan.

Artikel Berkaitan: