Turki guna senjata dilarang?

Seorang pemuda Kurdish dengan kesan terbakar dipercayai akibat daripada penggunaan senjata dilarang di utara Syria.
Seorang pemuda Kurdish dengan kesan terbakar dipercayai akibat daripada penggunaan senjata dilarang di utara Syria.
A
A
A

ANKARA - Turki didakwa menggunakan senjata yang dilarang terhadap orang awam dalam operasi ketenteraan yang dilancarkan mereka di utara Syria.

Pemimpin Kurdish mendakwa jet tentera Turki telah menggugurkan bom mengandungi napalm dan fosforus putih ke atas orang awam di bandar sempadan Ras al-Ain.

"Operasi ketenteraan itu menggunakan pelbagai jenis senjata termasuk yang dilarang seperti fosforus dan napalm," kata pentadbiran Kurdish itu lagi.

Sementara itu, penganalisis di Pusat Keselamatan Baharu Amerika, Nicholas Heras berkata, terdapat beberapa laporan yang boleh dipercayai menunjukkan Ankara menggunakan bom fosforus putih dalam kempen ketenteraan mereka terutamanya di bandar Ras al-Ain.

Susulan insiden itu, Pertubuhan bagi Larangan Senjata Kimia (OPCW) dan Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) bertindak melancarkan siasatan terhadap dakwaan itu.

Pemeriksa senjata kimia PBB itu bagaimanapun belum mengesahkan dakwaan terbabit dan wakil mereka sedang memantau situasi tersebut.

Dalam satu kenyataan, Ketua SOHR yang berpusat di Britain, Rami Abdel Rahman mengesahkan terdapat peningkatan kes melibatkan pesakit dengan kesan melecur yang dirawat di hospital Kurdish di Tal Tamir.

Difahamkan seramai enam penduduk dengan kesan terbakar sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Artikel Berkaitan:

Akhbar The Times menerusi laporan mereka memetik kenyataan pakar senjata kimia British, Hamish de Bretton-Gordon mendakwa kesan melecur tersebut dipercayai akibat fosforus putih. - Agensi