Tanah Kampung Baru: Tawaran baharu diumum Khamis ini

Khalid ditemui selepas merasmikan Sambutan Hari Penguatkuasa ke-50 Jabatan Penguatkuasaan DBKL di Dataran Merdeka di sini hari ini.
Khalid ditemui selepas merasmikan Sambutan Hari Penguatkuasa ke-50 Jabatan Penguatkuasaan DBKL di Dataran Merdeka di sini hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Tawaran baharu kepada pemilik tanah di Kampung Baru bagi menyelesaikan kemelut pembangunan di kawasan berkenaan akan diumumkan dalam satu sidang akhbar Khamis ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, tawaran itu diputuskan selepas selesai perbincangan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan terbaharu bersama Ahli Lembaga Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB).

"Secara umumnya dalam pertemuan dengan Ahli Lembaga PKB, saya dapati bahawa kesemuanya kelihatan begitu aktif, seronok dan yakin dengan apa yang telah dan sedang berlaku.

"Ramai menggambarkan satu sikap positif. Kali ini apa yang sedang dibentangkan dan diusahakan akan dapat mencapai kejayaan. Dari segi perinciannya akan diumumkan Khamis ini di Lobi DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur)," katanya.

Khalid yang juga merupakan Ahli Parlimen Shah Alam berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Penguatkuasa ke-50 Jabatan Penguatkuasaan DBKL di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Khalid turut menegaskan bahawa tawaran baharu yang bakal diumumkan dalam sidang akhbar di lobi DBKL Khamis ini adalah tawaran yang telah ditambah baik dari kerajaan.

"Mestilah tambah baik, kalau tidak tak payahlah saya buat sidang akhbar," katanya.

Artikel Berkaitan: