Arab Saudi mungkin benarkan wanita tunai haji tanpa mahram

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

JEDDAH - Golongan wanita mungkin dibenarkan untuk mengerjakan haji tanpa mahram, menurut laporan Arab News.

Ketika ini, wanita di bawah usia 45 tahun yang berhasrat untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu perlu membawa mahram (penjaga lelaki) walaupun peraturan itu dilonggarkan untuk mereka yang berumur lebih 45 tahun.

Bagaimanapun, Kementerian Haji dan Umrah sedang melakukan kajian untuk mengeluarkan visa pelancong untuk tujuan melancong dan umrah.

Langkah itu akan membuka jalan untuk membenarkan wanita melakukan ibadah haji atau umrah tanpa mahram.

Akhir bulan lalu, Saudi melancarkan visa pelancongan baharu sebagai usaha mempelbagai sumber ekonomi di negara.

Tempoh sah laku visa tersebut adalah selama setahun daripada tarikh ia dikeluarkan dan pelancong dibenarkan tinggal di negara itu selama tiga bulan untuk setiap lawatan. - Agensi

Artikel Berkaitan: