KPA bantu tingkatkan hasil pertanian

Tse Tzin (tiga dari kanan) merasmikan Konvensyen Kebangsaan Kumpulan Pengguna Air (KPA) 2019 bertemakan ‘Petani Kita, Masa Depan Kita’ semalam.
Tse Tzin (tiga dari kanan) merasmikan Konvensyen Kebangsaan Kumpulan Pengguna Air (KPA) 2019 bertemakan ‘Petani Kita, Masa Depan Kita’ semalam.
A
A
A

BAGAN SERAI - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menggalakkan petani mengurus sistem pengairan di peringkat tersier melalui Kumpulan Pengguna Air (KPA) supaya dapat menggandakan hasil pengeluaran pertanian.

Timbalan Menterinya, Sim Tze Tzin berkata, dengan adanya KPA, urusan bekalan air di sawah akan lebih teratur serta menjimatkan sumber air selain mewujudkan kesedaran dalam mengurus infrastruktur dan agihan air.

“Kos yang disediakan oleh kerajaan dalam bentuk infrastruktur pengairan, perkhidmatan pengurusan dan insentif-insentif lain adalah amat besar.

“Kementerian tidak mahu perbelanjaan besar ini tidak menghasilkan pengeluaran padi yang baik dan tinggi yang dapat membantu meningkatkan pendapatan mereka.

“Dalam bidang tanaman padi, aspek persetujuan bersama penting kerana dalam proses tanaman padi secara moden, disiplin ketat perlu ada bagi mengikuti jadual yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Konvensyen Kebangsaan Kumpulan Pengguna Air (KPA) 2019 bertemakan ‘Petani Kita, Masa Depan Kita’ melibatkan 180 peserta di Bukit Merah Laketown Resort di sini semalam.

Hadir sama, Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak, Abdul Yunus Jamhari dan Pengarah Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian, Ir Ahmad Darus.

Artikel Berkaitan:

Seramai 180 peserta terdiri daripada 150 petani dan 30 pegawai MOA menyertai Konvensyen Kebangsaan Kumpulan Pengguna Air (KPA) 2019 bertemakan 'Petani Kita, Masa Depan Kita'.
Seramai 180 peserta terdiri daripada 150 petani dan 30 pegawai MOA menyertai Konvensyen Kebangsaan Kumpulan Pengguna Air (KPA) 2019 bertemakan 'Petani Kita, Masa Depan Kita'.

Tze Tzin berkata, menerusi KPA, petani boleh membuka lebih banyak kawasan untuk ditanam padi dua kali setahun dengan jadual teratur dan tersusun.

Menurutnya, organisasi yang akan bertanggungjawab melaksanakan operasi dan penyelenggaraan sistem pengairan adalah terdiri KPA yang menerima faedah dan manfaat daripada projek sistem pengairan.

“Tanggungjawab mengurus sistem pengairan air ini adalah satu amanah dan tugas mencabar. Petani selaku pengguna air seharusnya menerima hakikat bahawa sistem pengairan yang disediakan adalah hak mereka yang amat bernilai.

“Sikap untuk menjaga hak milik, memelihara dan memberi perlindungan yang sebaiknya perlu dipupuk dalam jiwa pengguna,” katanya.

Konvensyen KPA yang berlangsung selama tiga hari itu merupakan acara tahunan bertujuan untuk menyediakan platform bagi pertukaran idea daripada pakar pelbagai bidang serta petani yang berpengalaman bagi memperkukuhkan peranan KPA menyelaras segala aktiviti pengurusan air.

Tse Tzin (tiga dari kiri) mendengar penerangan yang disampaikan oleh Jabatan Pertanian Perak pada ruangan pameran.
Tse Tzin (tiga dari kiri) mendengar penerangan yang disampaikan oleh Jabatan Pertanian Perak pada ruangan pameran.

Belanjawan 2020 rancakkan pertanian

Sementara itu, Tze Tzin berkata, pengurusan kewangan baik kerajaan akhirnya berjaya memberi pulangan lumayan kepada petani B40.

Menurutnya, pengumuman RM1.69 bilion bagi infrastruktur dalam Belanjawan 2020 itu dapat melestarikan pembangunan pertanian terutama sektor padi dan beras.

“Ia memberi impak kepada petani apabila kerajaan menaikkan subsidi harga padi sebanyak 20 peratus, subsidi baja padi meningkat 70 peratus dan insentif pengeluaran padi 63 peratus. Begitu juga elaun sara hidup nelayan dinaikkan kepada RM250.

“Pembangunan sistem pengairan dan saliran sektor pertanian terutama dapat dilaksanakan bermula tahun depan. Sistem pengairan sempurna dapat membantu meningkatkan hasil pendapatan petani,” katanya.

Tse Tzin (tiga dari kanan) ditemani Abdul Yunus (empat dari kiri) melihat dron agrikultur yang mampu menyembur baja seluas 20 hektar ladang pada satu-satu masa.
Tse Tzin (tiga dari kanan) ditemani Abdul Yunus (empat dari kiri) melihat dron agrikultur yang mampu menyembur baja seluas 20 hektar ladang pada satu-satu masa.

Peserta Konvensyen Kebangsaan KPA 2019 melawat salah satu pameran pertanian yang disediakan.
Peserta Konvensyen Kebangsaan KPA 2019 melawat salah satu pameran pertanian yang disediakan.