'Ayah pesan belajar rajin-rajin'

Jenazah Allahyarham Azalan Miswan ketika tiba di Surau An Nur, Seksyen 20 di sini tadi.
Jenazah Allahyarham Azalan Miswan ketika tiba di Surau An Nur, Seksyen 20 di sini tadi.
A
A
A

SHAH ALAM - [VIDEO] "Ayah pesan belajar rajin- rajin," kata Ariff Danial Azalan, 15, anak kepada Allahyarham Azalan Miswan, 50, kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang meninggal dunia di Turki akibat kemalangan jalan raya pada Rabu lalu.

Ariff Danial tidak dapat menahan sebak tatkala ditanya mengenai perbualan terakhir bersama Allahyarham ayahnya itu.

"Masa hantar ayah pergi ke lapangan terbang, ayah pesan suruh saya belajar rajin-rajin, itu yang saya ingat," katanya kepada Sinar Harian.

Allahyarham Azalan maut apabila bas yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan di Afyonkarahisar, Turki.

Bas tersebut membawa seramai 35 kakitangan PKNS ketika dalam perjalanan dari Pamukkale ke Cappadocia.

Jenazah Azalan dibawa pulang dengan menaiki penerbangan kira-kira jam 1.30 pagi waktu Turki dan tiba pada 5.15 petang waktu tempatan.

Jenazah kemudiannya tiba di Surau An Nur, Seksyen 20 kira-kira jam 7.30 petang sebelum selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Sementara itu isteri Allahyarham, Siti Faredah Ahmad berkata, dia bersyukur dengan bantuan daripada pelbagai pihak yang membantu menguruskan urusan membawa pulang jenazah suaminya ke tanah air.

Artikel Berkaitan:

Turut hadir menziarahi keluarga Allahyarham adalah Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain dan Ketua Pegawai Operasi PKNS, Norita Mohd Sidek.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia rakam terima kasih kepada Turki bantu urus jenazah Azalan