X

Kindly register in order to view this article
!

Anak Aziz Desa terima Anugerah ANC, tunai permintaan ayah

Walaupun hampir berputus asa, Mas Zhafir tidak berputus asa dan akhirnya memperoleh Anugerah ANC UTHM baru-baru ini
A
A

SHAH ALAM - Perkongsian anak kepada bekas personaliti televisyen dan ahli perniagaan, Allahyarham Abdul Aziz Desa hampir berputus asa selepas kehilangan bapanya namun berjaya menamatkan pengajian sehingga memperoleh Anugerah Naib Canselor (ANC) baru-baru ini.

Mas Zhafir Zhikri yang juga penuntut Kejuruteraan Mekanikal & Pembuatan dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) nekad bangkit semula selepas bapanya meninggal dunia empat tahun lalu membuatkan netizen kagum dengan usaha itu.

Mas Zhafir menulis di Instagramnya, "Sebab apa 'dean list' sangat penting buat aku? Seingat aku, waktu tahun pertama semester pertama dekat universiti dapat dean list yang pertama.

"Kemudian si ayah bertanya "dapat dekan? Dekan tu bagus ka? CGPA tu apa ? Paling bagus CGPA berapa? 1.00 atau 4.00?" dalam keadaan beliau terlantar sakit di hospital. Kemudian beliau berkata lagi "Kalau benda tu bagus, belajar betul-betul.

"Jangan kejar untuk kaya raya, kejarlah untuk menjadi seorang yang bijaksana. Itu kekuatan aku dan inilah angan-angan Mat Jenin aku. Dari mana datangnya buah kalau tidak dari pokoknya, dari mana datangnya pokok kalau tidak dari akarnya, dari mana datangnya akar kalau tidak dari benihnya."

Selain memuat naik luahan hatinya di Facebook, Mas Zhafir turut berkongsi kegembiraan di Twitter.

"Alhamdulillah atas anugerah ini yang merupakan hadiah untuk keluarga saya dan diri sendiri. Empat tahun lalu saya hampir berputus asa.

“Setelah kehilangan ayah, tetapi saya bangun semula untuk mengecapi kejayaan. ALLAH sentiasa ada bersama saya,” katanya.

Gambar terakhir Mas Zhafir bersama ayahnya, Allahyarham Aziz Desa.
Gambar terakhir Mas Zhafir bersama ayahnya, Allahyarham Aziz Desa.

Selain meraih ANC sempena Istiadat Konvokesyen ke-19 itu, pemuda berusia 23 tahun itu juga menerima Anugerah Dekan hampir setiap semester.

Kejayaan berkenaan sekali gus mengundang perhatian pengguna Twitter lain yang mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Mas Zhafir atas kecemerlangan luar biasa itu.

@theizzwanshah menulis "Tahniah Zhafir. Kita semua akan berasa kecewa pada satu ketika namun kehidupan pasti akan memberi kita peluang untuk bangun dan bergerak lebih berjaya di masa hadapan. Saya mendoakan kejayaan anda di masa depan dan kerjaya anda.

"Tahniah Zhafir, apa yang anda lakukan sebenarnya sangat membanggakan perasaan arwah ayah awak yang sangat mengagumi semangat anda yang sentiasa menjadi terbaik antara yang terbaik," kata Lehmandarah.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus