PM British Ikrar teruskan perjanjian Brexit 31 Oktober ini

Boris Johnson. -Foto AFP
Boris Johnson. -Foto AFP
A
A
A

LONDON - Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menegaskan beliau tidak akan berunding bagi penangguhan lanjut perpisahan negara itu daripada Kesatuan Eropah (EU) selepas Parlimen mengundi menangguhkan undian berhubung perjanjian Brexit beliau.

Parlimen mengundi 322 berbalas 306 bagi menyokong pindaan dicadangkan Oliver Letwin, bekas Menteri Kabinet Konservatif.

Menurut perundangan diluluskan terdahulu, undian itu bermaksud, Johnson perlu patuh untuk menulis kepada EU bagi memohon penangguhan selepas tarikh pelaksanaan Brexit negara itu pada 31 Oktober.

Namun Johnson berulang kali bersumpah, beliau tidak akan melakukannya dan mempertahankan pendiriannya hari ini.

“Saya tidak akan berunding satu penangguhan dengan EU dan begitu juga undang-undang tidak membolehkan saya berbuat demikian.

“Saya akan maklumkan kepada rakan dalam EU apa yang saya maklumkan kepada semua sejak 88 hari berkhidmat sebagai Perdana Menteri, iaitu penangguhan lanjut tidak bagus untuk negara ini, EU dan demokrasi,” kata Johnson kepada Parlimen.

Ahli Parlimen British pada hari ini mengundi untuk menangguhkan keputusan mengenai perjanjian Brexit Perdana Menteri Boris Johnson, dengan alasan mereka memerlukan lebih banyak masa untuk mengkaji kandungannya sebelum tarikh akhir 31 Oktober.

Penggubal undang-undang itu menyokong pindaan yang berkesan dan memaksa kerajaan meminta lanjutan sehingga Januari tahun depan, sambil meneliti undang-undang.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Suruhanjaya Eropah turut menggesa kerajaan British Perdana Menteri Boris Johnson untuk menerangkan dengan cepat bagaimana ia mahu meneruskan persiapan Brexit selepas kalah undi parlimen. - Agensi