Tujuh maut, rumah dua tingkat terbakar di Rusia

Tujuh maut termasuk lima kanak-kanak di Rusia dalam satu kebakaran rumah. -Foto Agensi
Tujuh maut termasuk lima kanak-kanak di Rusia dalam satu kebakaran rumah. -Foto Agensi
A
A
A

MOSCOW - Tujuh mangsa termasuk lima kanak- kanak maut dalam kebakaran sebuah rumah dua tingkat di bandar Rovtov, Russia hari ini.

Mangsa maut yang paling kecil berusia 15 bulan, kata jurucakap Kementerian Kesihatan Rusia.

Tiga mangsa dimasukkan ke hospital akibat mengalami pelbagai kecederaan, kata ketua majlis daerah Rostov, Sergei Shokin.

Bagaimana pihak berkuasa tidak menyatakan punca kebakaran, namun mengesahkan siasatan sedang dilakukan di tempat kejadian.

Jawatankuasa Penyiasat berkata, pihaknya sudah membuka satu siasatan jenayah.

Rostov terletak kira-kira 200 kilometer di timur laut ibu negara, Moscow. - AFP

Artikel Berkaitan: