Cadangan lanjut tempoh ahli majlis PBT ke Kabinet tahun depan: Zuraida

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin (enam, kiri) menunjukkan kandungan barangan sumbangan yang diberikan sempena Majlis Pelancaran Jelajah Sumbangan Deepavali di Bandar Baru Ampang hari ini. -Foto Bernama
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin (enam, kiri) menunjukkan kandungan barangan sumbangan yang diberikan sempena Majlis Pelancaran Jelajah Sumbangan Deepavali di Bandar Baru Ampang hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menyerahkan kertas cadangan kepada Kabinet tahun hadapan bagi memanjangkan tempoh perkhidmatan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, buat masa sekarang tempoh ahli majlis PBT di sesetengah negeri tidak diselaraskan dan juga tidak konsisten.

“Kementerian sedang dalam perbincangan dengan kerajaan-kerajaan negeri dan semua ahli PBT supaya memberi pencerahan tentang perkara ini secara keseluruhan, dan akan menyerahkan kertas ke Kabinet untuk disahkan pada tahun hadapan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ‘International Day of the Girl Child 2019 celebration’ di sini hari ini.

Baru-baru ini KPKT bercadang memanjangkan tempoh khidmat ahli majlis PBT seperti tempoh perkhidmatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ahli Parlimen bagi memastikan peranan dan perkhidmatan ahli majlis dirasai oleh masyarakat sekali gus memantapkan lagi organisasi PBT di seluruh negara.

Sebelum ini beliau berkata, jika tempoh perkhidmatan dibuat atas dasar kontrak selama setahun atau dua tahun dan bertukar, ia tidak memastikan bahawa ilmu serta pengalaman mereka dapat digunakan sebaiknya selain tidak dapat meningkatkan kualiti kerana pelantikan ahli majlis yang sering bertukar.

Terdahulu program ‘VolunteerToLead‘ sempena ‘International Day of the Girl Child 2019’ yang dianjurkan oleh Girl2Leader Malaysia, sebuah organisasi NGO yang yang diwujudkan khas bagi melatih remaja wanita menjadi pelapis politik pada masa hadapan.

‘VolunteerToLead’ adalah sebuah inisiatif organisasi tersebut dalam memupuk semangat kepada gadis-gadis remaja di Malaysia dalam mengetuai projek sukarelawan mereka sendiri.- Bernama

Artikel Berkaitan: