Anak lelaki Mr Bean sertai tentera Gurkha

Ben Atkinson diterima sebagai tentera Gurkha di Nepal.
Ben Atkinson diterima sebagai tentera Gurkha di Nepal.
A
A
A

KATHMANDU - Anak lelaki aktor terkenal Britain yang membawa watak Mr Bean, Rowan Atkinson telah menyertai tentera Gurkha selepas meluangkan masa selama tiga bulan di Nepal.

Leftenan Ben Atkinson, 26, dilaporkan mengikut kursus ketenteraan selama 10 minggu dan diajar adat resam serta budaya tempatan sebelum diterima sebagai tentera Gurkha.

Sebagai pegawai Gurkha, Ben yang pernah mempelajari bahasa Arab dan Sepanyol perlu menguasai bahasa Nepal bagi memudahkannya berkomunikasi.

Ibunya, Sunetra Sastry yang berketurunan India adalah jurumekap ternama di United Kingdom.

Tentera Gurkha adalah unit khas yang telah berkhidmat selama lebih 200 tahun dengan pemerintahan British. - Agensi

Artikel Berkaitan: