X

Kindly register in order to view this article
!

Anggota APM parah langgar lembu

Mangsa dikejarkan ke hospital selepas melanggar lembu yang berkeliaran di atas Jalan Slim River - Felda Gunung Besout, Khamis lalu.
A
A

SLIM RIVER - Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) cedera parah selepas motosikal yang ditunggangnya terlanggar seekor lembu di Jalan Slim River-Felda Besout Gunung Besout, Khamis lalu.

Ketika kejadian, Muhammad Khairil Rahim, 25, dalam perjalanan pulang ke rumah di Felda Gunung Besout kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Setibanya di lokasi, mangsa anak ke-12 daripada 13 beradik tidak sempat mengelak lembu berkenaan memandangkan suasana gelap dan hujan.

Kakak mangsa, Nurulhuda Rahim, 36, berkata, akibat perlanggaran itu menyebabkan adiknya tercampak dan mengalami kecederaan parah.

"Adik saya dikejarkan ke Hospital Slim River dengan bantuan orang ramai. Ketika itu dia dalam keadaan serius termasuk luka di muka dan tidak berdaya untuk bangun. Motosikalnya pula rosak teruk," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Kesal dengan kejadian itu, isteri mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Slim River bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini termasuk tuntutan daripada pemilik haiwan itu.

Lembu yang dilanggar patah kaki dan pemiliknya sehingga ke hari ini tidak tampil untuk menuntut lembu berkenaan.
Lembu yang dilanggar patah kaki dan pemiliknya sehingga ke hari ini tidak tampil untuk menuntut lembu berkenaan.

"Sebelum ini pernah berlaku kemalangan melibatkan lembu yang berkeliaran. Pemilik lembu pula tidak mengaku haiwan itu kepunyaan mereka

"Adik saya patah tulang bahu kanan. Sampai bila pihak berwajib mahu membiarkan lembu itu berkeliaran?" kata Nurulhuda.

Sehubungan itu, Nurulhuda berharap pihak berkaitan mengambil tindakan terhadap pemilik lembu yang membiarkan lembu mereka berkeliaran di jalan raya.

"Jangan sampai ada nyawa yang melayang baru ambil tindakan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf