Si bulus menanti keluarga baharu di Manjoi

Amir Shafiq menunjukkan seekor kucing yang sedia diberikan secara percuma kepada orang ramai yang ingin memelihara haiwan itu.
Amir Shafiq menunjukkan seekor kucing yang sedia diberikan secara percuma kepada orang ramai yang ingin memelihara haiwan itu.
A
A
A

IPOH - Sebanyak 30 ekor kucing menanti keluarga baharu yang bersedia memelihara kesemua haiwan itu.

Kru Pusat Jagaan Kucing, Amir Shafiq Zunaidi berkata, kesemua kucing itu diberikan secara percuma kepada orang ramai yang berminat untuk memelihara haiwan itu.

Menurutnya, setiap minggu program seumpama itu akan diadakan di seluruh negara dan pada minggu ini, Manjoi dipilih untuk orang ramai mendapatkan kucing-kucing tersebut.

Sebahagian kucing yang sedang menunggu tuan baharu khususnya di sekitar Manjoi dan Ipoh.
Sebahagian kucing yang sedang menunggu tuan baharu khususnya di sekitar Manjoi dan Ipoh.

"Kucing-kucing bukanlah terbiar tetapi tidak bertuan selepas pemilik asalnya tidak dapat untuk membela atas pelbagai faktor seperti berpindah rumah, mempunyai anak kecil dan sebagainya.

"Jadi kami ambil dan serahkan kepada sesiapa yang berhasrat untuk membela kucing," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Pasaraya Mydin Manjoi di sini hari ini.

Amir Shafiq berkata, sehingga jam 3 petang tadi, sebanyak 12 ekor kucing telah diambil oleh orang ramai manakala selebihnya masih menanti 'keluarga' baharu.

Katanya, program pemberian kucing percuma itu berlangsung selama dua hari termasuk esok di lokasi yang sama bermula jam 12 tengah hari hingga 4 petang.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, kesemua kucing berkenaan dibawa dari Kuala Lumpur dan program tersebut dibuat mengikut kawasan seperti utara, selatan dan sebagainya.

Kucing-kucing ini diberikan secara percuma kepada orang ramai yang berminat memelihara haiwan itu.
Kucing-kucing ini diberikan secara percuma kepada orang ramai yang berminat memelihara haiwan itu.

Menurut Amir Shafiq, sambutan orang ramai amat menggalakkan dan kebanyakan yang diambil adalah anak kucing.

"Kita bagi percuma. Boleh pilih kucing mana yang mereka nak asalkan dijaga dengan baik. Biasanya kalau anak kucing mereka kena ambil adik-beradik yang lain.

"Orang ramai yang berminat memelihara kucing boleh datang ke Mydin Manjoi untuk ambil haiwan ini secara percuma," katanya.