X

Kindly register in order to view this article
!

Cikgu Fathi ajar 'Add Math' di ladang teh

Paparan video Fathi mengajar di ladang teh Cameron Highlands mendapat pujian dan respons positif daripada netizen.
A
A

CAMERON HIGHLANDS - Pendekatan kreatif seorang guru mengajar mata pelajaran matematik tambahan di sekitar ladang teh di sini mengundang pelbagai reaksi positif netizen yang memuji inisiatifnya mengajar secara santai itu.

Fathi Hussin yang menggunakan nama @mathsanova di Twitter telah berkongsi video tersebut di media sosial dan ia telah tular selain meraih 434,000 tontonan serta menerima 14,300 ulang kicau.

Ini membuktikan Fathi bersungguh-sungguh dalam memberi pengalaman baharu bagi menarik minat pelajar untuk meminati subjek matematik tambahan yang rata-rata dianggap sebagai mata pelajaran yang amat susah untuk dipelajari.

Bukan sahaja cara yang diajar olehnya mudah difahami, malah melihat kelibat pemetik teh di ladang pada video tersebut menghidupkan lagi suasana santai dan tenang.

Selain daripada video terbabit, Fathi juga terkenal sebagai guru yang aktif melakukan kelas tambahan bergerak di luar bilik darjah dan masyarakat amat tertarik dengan cara yang dilakukan oleh cikgu terbabit.

Malah, ada yang sempat berseloroh, keputusan matematik akan menjadi cemerlang kalau Fathi menjadi cikgu mereka sejak awal lagi.

"Dah empat tahun lepas SPM baru nak bagi tahu ke? Sampai hati...Aku dulu ketika SPM aku tinggal je tau soalan ni dekat paper 2," luah @sjnrdn di Twitter.

Dalam pada itu, @aliffshanusi yang menghargai cara cikgu tersebut menulis " Rasa macam nak ambil kertas Matematik Tambahan semula ini, mungkin kali ini boleh dapat A+ bila gunakan teknik dia ini. Menangis saya cikgu,".


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus