Restoran nasi kandar terkenal di Ipoh diserbu

Serbuan di sebuah restoran nasi kandar berjaya mengesan pekerja asing tanpa permit kerja yang sah.
Serbuan di sebuah restoran nasi kandar berjaya mengesan pekerja asing tanpa permit kerja yang sah.
A
A
A

IPOH - Sebuah restoran nasi kandar yang terkenal di bandar ini diserbu Jabatan Imigresen selepas dikesan menggaji pekerja warga asing tanpa permit kerja yang sah.

Serbuan sekitar jam 11.30 malam, Rabu lepas dilakukan selepas menemui satu pasport yang telah tamat tempoh milik seorang daripada pekerja restoran terbabit.

Pengarah Imigresen negeri, Kamaluddin Ismail berkata, pemeriksaan lanjut kemudian mendapati seramai 26 pekerja di situ tidak memiliki permit kerja yang sah untuk bekerja di premis terbabit.

"Majikan turut gagal membuktikan sebarang permohonan untuk mendapatkan permit kerja sah terhadap pekerja-pekerja yang ditahan.

"Kesemua mereka ditahan untuk siasatan dan tindakan lanjut," katanya.

Kesemua pekerja terbabit antara 45 warga asing yang ditahan dalam operasi bersepadu yang dijalankan selama tiga hari di Taiping dan Ipoh bermula 15 Oktober lalu.

Serbuan turut dilakukan di kedai jualan karpet.
Serbuan turut dilakukan di kedai jualan karpet.

Kamaluddin berkata, serbuan dilakukan di 12 lokasi terdiri daripada kedai karpet, bangunan kedai dan restoran nasi kandar itu berjaya menahan empat lelaki warga Indonesia, Bangladesh dan Pakistan masing-masing (15) serta India (11) berusia lingkungan 30 hingga 55 tahun.

Artikel Berkaitan:

Katanya, mereka telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, melanggar syarat pas lawatan dengan bekerja secara tidak sah serta tinggal lebih masa di negara ini.

"Pemantauan dan operasi tanpa kompromi akan dilakukan secara berterusan agar mereka yang mencabar kedaulatan undang-undang negara dibawa ke muka pengadilan.

"Justeru masyarakat diseru untuk menyalurkan maklumat dan melaporkan aduan agar risikan serta tindakan sewajarnya dapat diambil," katanya.