Gangguan air di Pasir Gudang dijangka pulih dalam tempoh 24 jam

Jimmy (kiri) ketika meninjau LRA Sultan Iskandar hari ini.
Jimmy (kiri) ketika meninjau LRA Sultan Iskandar hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Gangguan bekalan air membabitkan 84,700 pemilik akaun Ranhill SAJ sekitar Pasir Gudang ekoran kerosakan pam Loji Rawatan Air (LRA) Sultan Iskandar di sini dijangka berakhir dalam tempoh 24 jam.

Exco Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse berkata, tempoh berkenaan lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan ketika notis gangguan dikeluarkan Khamis lalu.

"Saya dimaklumkan Ranhill SAJ bahawa pam penggalak kedua yang rosak beberapa hari lalu telah selesai dibaik pulih dan mula beroperasi kira-kira jam 9 pagi hari ini.

"Setakat jam 9 pagi, hanya tinggal 5,800 akaun pengguna yang terjejas berbanding pada hari pertama kejadian. Jangkaan tempoh 12 jam untuk bekalan air pulih sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jimmy berkata, bagaimanapun terdapat 1,500 pemilik akaun membabitkan dua kawasan dijangka menerima semula bekalan air bersih dalam tempoh 24 jam.

"Dua kawasan itu ialah Taman Flora Height dan Taman Bukit Rinting kerana permukaan geografinya agak tinggi dan berbukit.

"Buat sementara waktu, saya difahamkan Ranhill SAJ juga akan tetap menyediakan khidmat lori tangki air lebihan bagi kawasan berkenaan," katanya.

Menurutnya, pihaknya mewakili kerajaan negeri juga telah memberikan nasihat kepada operator Ranhill SAJ supaya sentiasa bersedia dengan pelan kecemasan yang lebih teratur dan lengkap bagi mengelakkan kesukaran pengguna.

Artikel Berkaitan: