Sri Kumar ubah imej industri hospitaliti

Sri Kumar (dua dari kanan) bertukar dokumen dengan Pengarah Hotel Sun Inns, Ng Hong Keat bagi membolehkan pelajar program hospitaliti akademi itu menjalani latihan dan penempatan kerjaya di hotel tersebut baru-baru ini.

A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebagai pekerja biasa di sebuah hotel di ibu negara kira-kira 30 tahun lalu, siapa sangka dengan minat yang sangat mendalam dalam industri hospitaliti akhirnya memberikan kejayaan kepada seorang lelaki berketurunan Sri Lanka yang lahir di Malaysia.

Namun, kejayaan yang diperoleh oleh Sri Kumar Sivakumaran, 49, tidak datang bergolek begitu sahaja, malah minatnya dalam bidang tersebut pernah mendapat tentangan daripada ibu bapanya yang tidak suka beliau bekerja di hotel kerana dianggap tidak mempunyai masa depan.

Walaupun hampir patah semangat pada mulanya, Sri Kumar yang ketika itu baru berusia 18 tahun membulatkan tekad untuk membuktikan kerjaya itu mempunyai masa depan jika bekerja dengan bersungguh-sungguh.

“Saya melanjutkan pengajian di Amerika Syarikat dan selepas pulang ke Malaysia, saya terus menceburi bidang perhotelan sehingga berjaya memegang jawatan penting,” katanya.

Sri Kumar berkata, atas sebab itulah wujud idea untuk menubuhkan DHS Hospitality Academy iaitu sebuah akademi yang menawarkan program latihan berkonsepkan penempatan kerjaya untuk rakyat Malaysia terutama dalam kalangan belia.

Sri Kumar (empat dari kanan) bersama Pengurus Bahagian Pembangunan Kemahiran dan Pendidikan UMCCed, Mohd Zaki Mohd Yaacob (lima dari kanan) dan sebahagian pemain industri hospitaliti di UMCCed, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: