Allahyarham tak sempat tamatkan latihan Paskal

Pegawai dan anggota APPM memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Mohamad Ikmal selepas selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Rangin hari ini.
Gambar kecil: Mohamad Ikmal Ibrahim
Pegawai dan anggota APPM memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Mohamad Ikmal selepas selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Rangin hari ini. Gambar kecil: Mohamad Ikmal Ibrahim
A
A
A
KUANTAN - [VIDEO] Allahyarham Leftenan Muda (Maritim) Mohamad Ikmal Ibrahim yang meninggal dunia di Hospital Seri Manjung, Perak akibat virus zika akan menamatkan latihan asas pasukan khas laut (Paskal) beberapa minggu lagi sebelum ditauliahkan.

Pegawai Penguatkuasaan dan Eksesais Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Pahang, Komander Maritim Razali Kasim berkata, Allahyarham dalam fasa akhir latihan yang dijangka akan tamat pertengahan November ini.

"Saya difahamkan, Mohamad Ikmal sedang dalam latihan di laut iaitu fasa terakhir latihan bersama pasukan khas pasukan TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia) di Lumut, Perak.

“Pemergian Allahyarham adalah satu yang mendukacitakan malah Allahyarham tidak dapat menghabiskan latihan itu,” katanya ketika majlis pengebumian Mohd Ikmal di Tanah Perkuburan Bukit Rangin di sini hari ini.

RAZALI
RAZALI



Dalam majlis itu, Razali turut menyampaikan lipatan bendera kepada isteri Allahyarham, Siti Salbiah Roslie yang bertugas di Rejimen Askar Jurutera Diraja

Jenazah Mohamad Ikmal selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Rangin kira-kira jam 7.15 pagi selepas tiba di Masjid Sultan Ahmad Shah, Sungai Isap, di sini pada jam 5.45 pagi.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Mohamad Ikmal, 30, disahkan meninggal dunia di Hospital Seri Manjung, Perak akibat virus Zika pada jam 4.45 pagi semalam selepas dirawat di hospital berkenaan sejak 12 Oktober lalu.

Artikel Berkaitan: