Syed Abu Hussin nafi sertai PKR

Syed Abu Hussin
A
A

IPOH - Kemasukan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Fasal dalam PKR menimbulkan teka-teki apabila tidak sampai setengah jam berita beliau menyertai PKR disiarkan media, tuan empunya badan tampil menafikan.

Syed Abu Hussin berkata, kenyataan disiarkan mengenai keahliannya dalam PKR tidak benar sama sekali.

"Saya tidak pernah memohon untuk menjadi mana-mana ahli parti selepas keluar daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada 27 Jun 2018 lalu," katanya dalam satu kenyataan media sebentar tadi.

Dalam pada itu, Syed Abu Hussin berharap pihak yang mengeluarkan berita tidak benar itu bertanggungjawab dan menarik balik kenyataan itu bagi membersihkan namanya.

Terdahulu, Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa Syed Abu Hussin diterima masuk ke dalam PKR selepas permohonannya diterima oleh Majlis Pimpinan Pusat yang bermesyuarat pada hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli Parlimen Bukit Gantang sah jadi ahli PKR