Ujian bayi positif dadah, ibu bapa ditangkap

Denisse dan Pablo Solorzano menghadapi tuduhan penyalahgunaan dadah dan penganiayaan kanak-kanak.- Foto Agensi
Denisse dan Pablo Solorzano menghadapi tuduhan penyalahgunaan dadah dan penganiayaan kanak-kanak.- Foto Agensi
A
A
A

ARIZONA - Polis telah menahan seorang lelaki dan wanita dari Amerika Syarikat selepas anak perempuan mereka disahkan positif dadah.

Denisse dan Pablo Solorzano menghadapi tuduhan penyalahgunaan dadah dan penganiayaan kanak-kanak.

Polis di Phoenix, Arizona dihubungi pada 7 Oktober lalu apabila seorang saksi melihat pasangan itu menggunakan dadah di dalam kereta.

Pegawai berkata, kenderaan mereka dipenuhi dengan asap dan apabila mereka mendekati pasangan itu, bayi perempuan turut bersama pasangan tersebut.

Malah pihak polis turut menemui dadah, namun Pablo mendakwa itu merupakan ubat tahan sakit miliknya.

Polis cuba untuk membangunkan bayi perempuan itu selama beberapa minit sebelum bergegas ke hospital, di mana mereka mendapati terdapat kandungan fentanyl dalam sistem tubuh bayi berkenaan.

Pihak polis berkata, Fentanyl adalah 50 kali lebih kuat daripada heroin.

"Tidak diketahui bagaimana fentanyl masuk ke dalam sistem kanak-kanak dan pihak polis sedang menyiasat perkara itu," kata jurucakap polis.

Artikel Berkaitan:

Pablo juga memberitahu polis, dia membeli dadah bersempena hari lahir isterinya dan turut menyesali mengheret isteri dan dia akan bertanggungjawab sepenuhnya.

Jabatan Perkhidmatan Kanak-kanak telah dimaklumkan selepas kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Maryvale.

Pablo ketika ini masih ditahan manakala Denisse dibebaskan, namun wanita itu tidak dibenarkan melihat anak perempuannya atau suaminya. - Agensi