Tengku Permaisuri berangkat ke Majlis Ramah Mesra Puspanita Selangor

Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin (dua dari kanan) berkenan melawat pameran selepas merasmikan Majlis Ramah Mesra bersama Persatuan Suri dan Anggota Wanita Kakitangan Perkhidmatan Awam (PUSPANITA) Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak hari ini. -Foto Bernama

A
A
A

SHAH ALAM - Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin hari ini berkenan berangkat ke majlis ramah mesra anjuran Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) negeri Selangor di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Keberangkatan baginda disambut Penaung Puspanita Selangor, Masdiana Muhamad dan Pengerusi Puspanita Selangor, Datin Habbulmatain Maliki.

Baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan wang tunai daripada persatuan berkenaan kepada dua ahlinya yang mempunyai masalah kesihatan pada majlis itu.

Tengku Permaisuri Norashikin kemudiannya mencemar duli mengunjungi beberapa reruai pameran Puspanita yang mempamerkan pelbagai barangan kesenian antaranya tulisan khat, anyaman, kerepek, kraftangan dan produk tradisional.

Puspanita adalah sebuah badan bukan kerajaan berdaftar yang dianggotai penjawat awam wanita dan isteri kepada penjawat awam yang keahlian Puspanita Selangor kini mencecah 7,583 orang. - Bernama

Artikel Berkaitan: