Lelaki dibuang kerja masuk kandang singa

No Image Caption
A
A
A

NEW DELHI - Seorang lelaki di India nyaris menjadi 'santapan' seekor singa selepas dia bertindak melompat masuk ke dalam kandang haiwan yang sinonim dengan gelaran raja rimba itu semalam.

Insiden menggemparkan itu berlaku di Zoo Delhi dan ia menjadi tular selepas rakaman kejadian dimuat naik ke laman media sosial.

Media tempatan melaporkan, lelaki dikenali sebagai Rehan Khan bertindak menceroboh kandang singa terbabit kerana kecewa selepas dibuang kerja.

"Pemuda berusia 24 tahun itu sudah hilang akal akibat dibuang kerja. Ketika disoal siasat, dia mengaku mahu membunuh diri," kata jurucakap polis.

Kejadian itu berlaku sekitar 12.30 tengah hari (waktu tempatan).

Menurut saksi, pemuda berkenaan duduk di hadapan singa jantan tersebut selama kira-kira 15 minit sebelum diselamatkan kakitangan zoo.

Pada 2014, seorang pemuda maut dibaham harimau yang menjadi penghuni di zoo berkenaan.

Mangsa dikatakan memanjat pagar penghadang sebelum terjatuh ke dalam kandang harimau terbabit. - Agensi

Artikel Berkaitan: