1MDB: UMNO Bagan Serai tidak puas hati dikompaun RM2.5 juta

Sham (tengah) membuat laporan polis berhubung notis kompaun yang diterima daripada SPRM.
Sham (tengah) membuat laporan polis berhubung notis kompaun yang diterima daripada SPRM.
A
A
A

BAGAN SERAI - UMNO Bahagian Bagan Serai menyifatkan notis kompaun yang diterimanya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menuntut wang disyaki dari dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu sebagai tindakan bersifat hukuman.

Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai, Datuk Sham Mat Sahat berkata, notis bertarikh 7 Oktober lalu itu menyatakan pihaknya perlu menjelaskan kompaun berjumlah RM2.5 juta.

Menurutnya, amaun itu adalah melebihi jumlah yang diterimanya iaitu RM100,000.

"Pada 2014, saya sendiri berjumpa Datuk Seri Najib Tun Razak memohon sedikit peruntukan untuk aktiviti parti dan wang itu kami gunakan untuk perjalanan parti serta sumbangan kepada fakir miskin, ibu tunggal dan anak-anak yatim.

"Kita ada semua bukti dan kami amat terkilan dengan tindakan SPRM ini kerana kompaun yang dikenakan tidak munasabah dan kalau nak kompaun pun tunggulah kes selesai disiasat dan dibicara," katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian.

Sham berkata, pihaknya menyerahkan kes itu kepada kepada peguam yang turut mengendalikan kes 1MDB itu.

"Satu perjumpaan telah dibuat bersama semua penerima notis dan kami tekad tidak akan membayar kompaun itu berikutan siasatan kes 1MDB masih dalam proses perbicaraan.

"Kami percaya tuntutan yang dibuat SPRM ini adalah tidak berasas dan bersifat mendahului undang-undang.

Artikel Berkaitan:

"Laporan polis ini dibuat agar siasatan dimulakan terhadap SPRM kerana mengambil tindakan secara tergesa-gesa," katanya.