33 kematian, 1,500 kes penyakit paru-paru berpunca vape di AS

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) mencatatkan sejumlah 1,479 kes penyakit berkaitan paru-paru akibat penggunaan vape dengan 33 kematian dilaporkan setakat 15 Oktober tahun ini, lapor agensi berita Xinhua.

Kematian dilaporkan di 24 buah negeri di AS membabitkan pesakit berumur lingkungan 44 tahun, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

Sejumlah 849 pesakit disebabkan bahan yang digunakan dalam rokok elektronik (e-rokok), 78 peratus lagi menggunakan produk mengandungi Ttrahydrocannabinol(THC) yang terdapat dalam ganja manakala 10 peratus akibat nikotin.

"Ini sangat rumit dan sukar, ia boleh membawa maut atau risiko kematian dengan separuh kes memerlukan rawatan intensif," kata Timbalan Pengarah CDC Anne Schuchat pada sidang Kongres di sini semalam.

Schuchat berkata, dengan bermulanya musim sejuk ia akan menyukarkan lagi usaha untuk mendiagnosis kes akibat penggunaan vape.

"Pesakit yang menghidap penyakit paru-paru akan lebih terdedah kepada influenza dan penyakit pernafasan lain.

"Jumlah kematian kesan daripada penggunaan vape kian membimbangkan," katanya.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan AS kini dalam proses memperkenalkan dasar bagi membanteras pasaran produk e-rokok haram.

Artikel Berkaitan:

Justeru, CDC menasihatkan orang ramai tidak menggunakan semua jenis e-rokok. - Bernama