Raja, Ratu Mi Maggi Goreng Malaysia bakal menang baucar RM3,000

No Image Caption
A
A
A

JENAMA MAGGI menganjurkan Cabaran MAGGI 2-Minute Noodles dengan mempelawa rakyat Malaysia mengubah perisa berbeza seperti kari, tom yam, ayam dan asam laksa menjadi mi MAGGI goreng yang memikat selera.

Penganjuran cabaran tersebut adalah bersempena kempen #MAGGIgorengMYstail, Maggi

Daripada 760 penyertaan, 10 peserta layak ke peringkat akhir bagi memilih siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Raja Mi Goreng Malaysia dan Ratu Mi Goreng Malaysia.

Majlis itu diadakan di pusat beli-belah MyTOWN, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, Juan Aranols berkata, cabaran tersebut diadakan selaras dengan matlamat korporat pihaknya untuk menggalakkan tabiat memasak masakan yang seimbang seperti menggunakan bahan segar dan keseimbangan dalam mi goreng.

Sementara itu, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI, Geetha Balakrishna berkata: "Hari ini kami mendapat ilham apabila melihat bagaimana tukang masak dari lain-lain negeri boleh menghasilkan semula hidangan mi sup kepada mi goreng yang menyerlah untuk dicatat dalam buku masakan."

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah dutanya, Sheila Rusly.

Raja dan Ratu Mi Maggi Goreng Malaysia membawa pulang baucar beli-belah bernilai RM3,000 dan hamper daripada Maggi.

Artikel Berkaitan:

Untuk maklumat lanjut, layari www.maggi.com.my/maggi-happenings/maggi-dua-cara.