Empat variasi lulur Asianic

ASIANIC menampilkan empat variasi lulur berasaskan bahan semula jadi.
ASIANIC menampilkan empat variasi lulur berasaskan bahan semula jadi.
A
A
A

MELULUR merupakan satu daripada rejim kecantikan badan yang perlu dititikberatkan bagi menanggalkan sel kulit mati, menghindarkan bau dan mencerahkan anggota badan tersembunyi kekal lembut dan bersih.

Justeru, memahami situasi sebahagian besar wanita moden dan bekerjaya yang tidak berkesempatan menjalani rawatan kecantikan di spa, Asianic memperkenalkan produk baharu, Lulur Scrub.

Material penjagaan diri istimewa tersebut bukan sahaja mudah digunakan di kediaman, bahkan membelai kulit badan persis mendapatkan rawatan lulur di spa.

Lulur Scrub Asianic diformulasikan daripada bahan-bahan semula jadi untuk memberi kesan maksimum.

Terdapat empat variasi pilihan yang memiliki keistimewaan tersendiri seperti:

1) Lulur Seri Tujuh Bunga

Dengan teknologi serba moden, proses mandian tujuh bunga bagi menaikkan seri dan melembutkan kulit badan kini mudah dilakukan di rumah hanya menggunakan Lulur Seri Tujuh Bunga.

2) Lulur Betik

Artikel Berkaitan:

Lulur abstrak buah betik memberi kelembapan berpanjangan pada kulit.

3) Lulur Susu Beras

Melembut dan merawat kulit agar sentiasa sihat dan cerah.

4) Lulur Buah Delima

Melindungi epidermis dan dermis serta mengembalikan sel kulit baharu termasuk membantu membentuk semula tisu-tisu badan.