Budak 5 tahun dilarikan bapa

Keratan tular berhubung kejadian tersebut.
Keratan tular berhubung kejadian tersebut.
A
A
A

KAJANG - Polis menerima satu laporan daripada seorang wanita yang mendakwa suaminya melarikan anaknya berusia 5 tahun dari sebuah tabika di Kampung Sri Jambu, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, laporan dibuat pengadu pada jam 9.40 pagi.

"Dipercayai seorang wanita dan tiga lelaki bertindak dalam kejadian terbabit.

"Siasatan awal mendapati seorang daripada suspek adalah ayah kepada kanak-kanak tersebut. Berdasarkan kepada keterangan pengadu, suspek membawa mangsa dalam keadaan paksa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan juga mendapati pengadu dan suspek lelaki masih suami isteri yang sah dan sehingga kini, pihaknya masih belum menerima salinan mana-mana perintah mahkamah berkenaan hak penjagaan.

Katanya, pihaknya kini masih lagi dalam proses memanggil saksi-saksi untuk tampil bagi membantu siasatan.

"Kita menasihati pihak pengadu untuk merujuk ke pihak mahkamah bagi mendapatkan pengesahan berhubung status penjagaan yang sah ke atas kanak-kanak tersebut," katanya.

Artikel Berkaitan: