X

Kindly register in order to view this article
!

RON97 naik satu sen, RON95 dan diesel kekal

Gambar hiasan
A
A

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 naik satu sen kepada RM2.68 seliter manakala petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini hingga 25 Oktober ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa pengekalan harga runcit bagi RON95 dan diesel bermakna anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi tempoh 19 Oktober hingga 25 Oktober ini adalah berjumlah RM123.81 juta.

Ia menjelaskan bahawa berdasarkan pengiraan mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh itu masing-masing sepatutnya RM2.38 seliter dan RM2.31 seliter.

"Ini menunjukkan kenaikan berbanding minggu lepas bagi harga runcit petrol RON95 yang berada pada paras RM2.37 seliter, dan diesel pada RM2.27 seliter.

"Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk itu dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat,” menurut kenyataan itu. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!