Deepavali ditetapkan pada 27 Oktober ini

Datuk R.S. Mohan Shan. FOTO: FB Datuk R.S. Mohan Shan
Datuk R.S. Mohan Shan. FOTO: FB Datuk R.S. Mohan Shan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia Hindu Sangam mengumumkan sambutan Deepavali tahun ini jatuh pada 27 Oktober ini sebagai merungkai sebarang kekeliruan berhubung tarikh sambutan festival itu.

Presidennya, Datuk R.S. Mohan Shan berkata, Sri Maha Mariamman Temple Dhevasthanam telah memutuskan bahawa festival itu disambut pada tarikh berkenaan.

Beliau mengesahkan tarikh itu semasa diminta menghurai kekeliruan dalam kalangan sesetengah kaum Hindu Malaysia, disebabkan sesetengah kalendar menandakan 26 Oktober sebagai tarikh Deepavali.

"Kaum Hindu menetapkan Deepavali pada hari ‘Saturthasi Tithi’, yakni hari ke-14 bulan 'Iypasi', berdasarkan kepada kalendar panjangam Hindu," katanya semasa dihubungi Bernama hari ini.

Deepavali disambut dengan mesej penting mengenai kejayaan yang baik menewaskan kejahatan. - Bernama

Artikel Berkaitan: