Kereta terbabas, empat pelajar UiTM nyaris maut

Keadaan kereta dinaiki empat pelajar yang terbabas di Jalan Paka-Al Muktafi Billah Shah (AMBS) jam 7.30 pagi tadi.
Keadaan kereta dinaiki empat pelajar yang terbabas di Jalan Paka-Al Muktafi Billah Shah (AMBS) jam 7.30 pagi tadi.
A
A
A

DUNGUN – Empat pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Bukit Besi nyaris maut apabila kenderaan dinaiki terbabas di Jalan Paka-Al Muktafi Billah Shah (AMBS) jam 7.30 pagi tadi.

Ketua Polis Dungun, Superintendan Baharuddin Abdullah berkata, kenderaan jenis Perodua Myvi yang dinaiki empat pelajar perempuan itu menghala ke UiTM Dungun terbabas ketika melalui selekoh dan terlanggar sebuah kenderaan jenis Toyota Estima yang dipandu lelaki berusia 52 tahun dari arah bertentangan.

"Kesemua pelajar dalam perjalanan menyertai perlawanan bola jaring yang diadakan di UiTM Dungun.

“Akibat pelanggaran itu, kenderaan dinaiki keempat mangsa di laluan sehala itu terbabas ke kiri jalan lalu masuk ke dalam longkang

"Ketika kejadian seorang pelajar pengsan, seorang cedera pada bahagian leher manakala dua lagi mengalami kecederaan ringan," katanya.

Beliau berkata, insiden itu tidak membabitkan kemalangan jiwa dan semua mangsa berusia 17 dan 18 tahun itu terselamat.

“Kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Dungun untuk rawatan,” katanya.

Artikel Berkaitan: