Turki lakukan jenayah perang: Amnesty

Kumpulan bersenjata Syria yang menyokong Turki membuat rondaan di bandar Tal Abyad dekat sempadan Damsyik. - Foto AFP
Kumpulan bersenjata Syria yang menyokong Turki membuat rondaan di bandar Tal Abyad dekat sempadan Damsyik. - Foto AFP
A
A
A

BEIRUT - Pasukan keselamatan Turki dan sekutu pemberontak Syria telah melakukan jenayah perang dalam operasi ketenteraan mereka di utara Syria, menurut kumpulan hak asasi, Amnesty International hari ini.

Amnesty turut mendakwa Ankara melakukan pelanggaran serius melaksanakan hukuman mati tanpa perbicaraan adil dan serangan yang menyalahi undang-undang dalam operasi dilancarkan pada 9 Oktober lalu.

"Pasukan tentera Turki dan gabungan kumpulan bersenjata yang menyokong Ankara telah memaparkan penghinaan memalukan terhadap kehidupan awam.

"Hasil maklumat yang dikumpul menunjukkan bukti tentang serangan sembarangan di kawasan kediaman termasuk serangan di bakeri, rumah dan sekolah yang dijalankan Turki serta sekutu kumpulan bersenjata Syria," jelas Amnesty.

Difahamkan, dakwaan itu berdasarkan kenyataan 17 orang termasuk pekerja perubatan, bantuan dan menyelamat, pengamal media, pelarian serta rakaman video.

Setakat ini, Turki tidak memberi sebarang maklum balas, namun menegaskan semua langkah yang diambil adalah untuk mengelakkan korban awam. - Agensi

Artikel Berkaitan: