Laman web digodam, UM jalan siasatan lanjut

Penggodam meninggalkan kata-kata yang mengaitkan dengan isu protes graduan UM di majlis konvokesyen tempoh hari yang menjadi perhatian pelbagai pihak.
Penggodam meninggalkan kata-kata yang mengaitkan dengan isu protes graduan UM di majlis konvokesyen tempoh hari yang menjadi perhatian pelbagai pihak.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Universiti Malaya (UM) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden laman web e-bayaran universiti itu digodam lewat malam semalam.

UM dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, laman web berkenaan masih dalam proses ujian dan akan diaktifkan dalam masa terdekat.

Menurutnya, sistem tersebut ditutup bagi membolehkan siasatan dan kerja pembaikan dilaksanakan.

“UM ingin mengesahkan bahawa sistem e-pay kami telah digodam lewat malam tadi. Sebaik sahaja dikesan, sistem telah ditutup bagi membolehkan siasatan dan kerja pembaikan dilaksanakan.

“Kedua-dua sistem jaringan dan juga e-pay siap diperbaiki tengah hari tadi dan sistem jaringan telah diaktifkan semula, namun sistem e-pay masih menjalani proses ujian dan akan diaktifkan semula dalam masa terdekat,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, tiada data dan maklumat yang terjejas akibat kejadian tersebut.

“Pasukan forensik sistem maklumat universiti sedang membuat siasatan lanjut berhubung kejadian ini,” katanya.

Semalam, pautan berbayar di laman web rasmi UM menjadi sasaran penggodam yang tidak dikenal pasti bagaimanapun ia turut dikaitkan dengan isu protes membabitkan graduan universiti berkenaan, Wong Yan Ke pada majlis konvokesyen baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Namun, graduan kejuruteraan awam itu menafikan penglibatannya menggodam laman web e-bayaran universiti tersebut.

Yan Ke berkata, dia mengetahui laman web itu digodam petang semalam dan menjelaskan dia tidak ada kena mengena dengan situasi itu.

ARTIKEL BERKAITAN Yan Kee nafi godam laman e-bayaran UM

Laman web Universiti Malaya digodam?