New Zealand bakal gerakkan pasukan maklum balas bersenjata

Anggota polis berkawal sehari selepas insiden tembakan rambang di Christchurch Mac lalu. - Foto AFP
Anggota polis berkawal sehari selepas insiden tembakan rambang di Christchurch Mac lalu. - Foto AFP
A
A
A

AUCKLAND - Kerajaan New Zealand akan menggerakkan pasukan maklum balas bersenjata untuk memberi respons segera terhadap situasi seperti insiden tembakan rambang di masjid Christchurch pada 15 Mac lalu yang mengorbankan 51 orang.

Menurut polis dalam satu kenyataan berkata, pasukan itu terdiri daripada anggota polis pakar yang lengkap bersenjata, mudah bergerak dan bersedia membantu pasukan keselamatan barisan hadapan.

Semasa tempoh percubaan selama enam bulan, pasukan terbabit akan digunakan di barisan hadapan kepolisan di tempat utama di seluruh negara termasuk di Auckland, Waikato dan Canterbury yang merupakan wilayah berlakunya tragedi berdarah Christchurch.

Daerah tersebut dipilih kerana ia mencatatkan bilangan senjata api disita, ditempatkan dan diserahkan paling tinggi.

"Berikutan tragedi 15 Mac di Christchurch, persekitaran operasi kami telah berubah.

"Tahap ancaman kekal sederhana dan kami akan terus menyemak semula peralatan, latihan serta keupayaan yang kami gunakan untuk menyediakan perkhidmatan kepolisan terbaik," menurut kenyataan itu.

Antara anggota dalam pasukan maklum balas termasuk Skuad Bersenjata Polis yang merupakan pakar senjata dan akan mula mengambil tempat bermula bulan depan. - Agensi

Artikel Berkaitan: