Pusat hiburan 'elit' tawar GRO digempur

Antara yang ditahan dalam operasi di pusat hiburan terletak di Jalan Imbi, Kuala Lumpur, tengah malam semalam.
Antara yang ditahan dalam operasi di pusat hiburan terletak di Jalan Imbi, Kuala Lumpur, tengah malam semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Selempang dan mahkota bernilai RM100 sehingga RM1,000 dijadikan tanda oleh lelaki miang bagi gadis pelayan pelanggan (GRO) yang digemarinya untuk mendapatkan khidmat seks.

Itu antara kegiatan haram yang dikesan Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dalam Ops Noda di pusat hiburan terletak di Jalan Imbi, di sini kira-kira jam 12.30 tengah malam semalam.

Operasi diketuai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad bertindak menggempur dua buah premis terletak dalam satu lot bangunan sama iaitu di tingkat bawah berkonsepkan pub, manakala tingkat atas berkonsepkan karaoke.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, operasi berjaya menahan dua lelaki tempatan disyaki pengurus premis.

Antara yang ditahan dalam operasi di pusat hiburan terletak di Jalan Imbi, Kuala Lumpur, tengah malam semalam.
Antara yang ditahan dalam operasi di pusat hiburan terletak di Jalan Imbi, Kuala Lumpur, tengah malam semalam.

"Polis turut menahan seramai 59 wanita warga asing disyaki GRO membabitkan warga Thailand (48), Vietnam (10) dan seorang warga Laos.

"Selain itu, sebanyak 10 helai kain selempang berwarna yang bercetak 100, 300 dan 1,000 yang disyaki diguna untuk meraih tips serta wang tunai berjumlah RM650 juga dirampas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan, premis yang pernah digempur beberapa kali sebelum ini itu merupakan pusat hiburan elit untuk golongan mewah kerana bayaran dan perbelanjaan yang tinggi daripada pelanggan.

Artikel Berkaitan:

Malah semasa serbuan, terdapat cubaan GRO terbabit untuk melarikan diri, namun tindakan itu gagal.

Rusdi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 39b Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Katanya, sebarang maklumat berkaitan jenayah juga boleh disalurkan ke Bilik Gerakan Khas 24 Jam Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0670 dan Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999.