Marah punca suspek bunuh, kerat dua beranak

Suspek utama kes pembunuhan kejam dua beranak disambung reman hingga 25 Oktober ini.
Suspek utama kes pembunuhan kejam dua beranak disambung reman hingga 25 Oktober ini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - [DIKEMASKINI] Polis percaya kes bunuh di Kampung Ladang, Krubong di sini pada 10 Oktober lalu berpunca daripada perasaan marah yang ​​​​​mendorong suspek membunuh dua beranak dan bertindak di luar kawalan mengerat anggota badan mereka.

Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Shahrul Laili Masduki berkata, berdasarkan siasatan awal, polis mendapati ada isu yang dibangkit atau ditimbulkan isteri suspek warga Singapura itu sehingga menyebabkan lelaki itu marah sehingga sanggup membunuh isterinya.

"Kes ini kita anggap selesai yang mana suspek telah ditangkap dan direman. Pada hari ini juga reman suspek disambung selama tujuh hari lagi bagi membantu siasatan lanjut.

"Sekarang ini kita sedang melengkapkan kertas siasatan yang kini telah capai 98 peratus sebelum ia diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita selepas Majlis perasmian Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Shahrul Laili berkata, polis sedang menunggu keputusan rasmi ujian saringan air kencing suspek dari pihak hospital dan juga keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) kedua-dua mangsa sebelum identiti mereka disahkan.

Pada 10 Oktober lalu, polis menemui sekurang-kurangnya lapan bahagian badan manusia dipercayai lebih daripada seorang individu yang tidak lengkap berselerakan di kawasan perindustrian itu. Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kasim Karim sebelum ini dilaporkan berkata, polis tidak menolak kemungkinan penemuan anggota badan itu berkait kes pembunuhan dua beranak yang tular di media sosial sejak 11 Oktober lalu.

Susulan itu, seorang lelaki warga Singapura ditahan dan suspek diserahkan kepada pihak polis Malaysia bagi membantu siasatan. Kini reman suspek dilanjutkan tujuh hari sehingga 25 Oktober ini. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN 2 beranak dikerat lapan: Polis siapkan kertas siasatan



Kes kerat lapan: Kepala dua beranak atas siling

Artikel Berkaitan: