X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 18 Januari 2022

Wanita Vietnam, kekasih terlepas tali gantung

A
A

GEORGE TOWN - Sepasang kekasih menarik nafas lega apabila terlepas hukuman gantung setelah Mahkamah Tinggi di sini melepas dan membebaskan mereka daripada dua pertuduhan mengedar dadah jenis heroin dan methamphetamine, empat tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap lelaki warga tempatan Lim Beng Hock, 51, dan kekasihnya, Nguyen Thi Mong Tien, 30-an, warga Vietnam di akhir kes pendakwaan.

Bagi pertuduhan pertama, Beng Hock dan Nguyen didakwa bersama-sama mengedar dadah berbahaya jenis heroin seberat 3278.1 gram di Kondominium N Park, Jalan Batu Uban, Batu Uban di sini pada jam 12.05 pagi, 31 Julai 2015.

Pertuduhan kedua pula, pasangan kekasih itu didakwa bersama-sama mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine, seberat 1035.11 gram pada masa, tempat dan tarikh sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Seramai 11 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan kes itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Irwan Suainbon manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Hussaini Abdul Rashid dan Benjamin Tan Yi Bin. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!