Reman suspek kerat lapan disambung

Suspek utama, lelaki warga Singapura yang disyaki terbabit kes pembunuhan tragis dua beranak yang dikerat dan dibuang di kawasan semak di Kampung Ladang, Krubong direman sejak Sabtu lalu.
Suspek utama, lelaki warga Singapura yang disyaki terbabit kes pembunuhan tragis dua beranak yang dikerat dan dibuang di kawasan semak di Kampung Ladang, Krubong direman sejak Sabtu lalu.
A
A
A

MELAKA - Lelaki warga Singapura yang disyaki terlibat dalam kes bunuh dua beranak dikerat lapan yang ditemui di kawasan semak Kampung Ladang, Krubong di sini disambung reman selama tujuh hari sehingga 25 Oktober ini.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Mohd Anuar Ostadi mengeluarkan perintah reman itu selepas membenarkan permohonan polis terhadap lelaki tersebut bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Terdahulu suspek ditahan dengan kerjasama polis Singapura, berdasarkan hasil maklumat risikan di tempat kejadian yang dipercayai berlaku dekat rumah teres dua tingkat milik mangsa di Taman Merdeka Jaya.

Media sebelum ini melaporkan mengenai dua beranak dipercayai dibunuh sebelum sebahagian anggota badan dicampakkan di kawasan semak berhampiran Kampung Ladang, Krubong dengan bahagian kepala ditemui di atas loteng oleh pihak polis yang menjalankan siasatan di rumah sewa mangsa di Taman Merdeka Jaya, Jumaat lalu. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN Kes kerat lapan: Kepala dua beranak atas siling

Artikel Berkaitan: