Kereta api laju Shinkansen di Nagano bakal jadi besi buruk

Gambar dari udara menunjukkan kereta api laju Jepun atau Shinkansen ditenggelami banjir di Nagano selepas wilayah itu dibadai Taufan Hagibis pada Sabtu lalu.
Gambar dari udara menunjukkan kereta api laju Jepun atau Shinkansen ditenggelami banjir di Nagano selepas wilayah itu dibadai Taufan Hagibis pada Sabtu lalu.
A
A
A

TOKYO - Sebanyak 10 buah kereta api laju Jepun atau Shinkansen yang ditenggelami banjir lumpur akibat Taufan Hagibis di wilayah Nagano bakal dilupuskan sebagai besi buruk.

Pengendali Shinkansen, East Japan Railway Company (JR East) dalam satu kenyataan berkata, pemeriksaan rapi ke atas kesemua Shinkansen tersebut perlu dibuat bagi menentukan sama ada ia boleh beroperasi semula.

"Semua fungsi penting seperti sistem brek, transformer dan sistem pendingin hawa berada di bahagian bawah Shinkansen.

"Ia kalis air, tetapi mungkin rosak bergantung kepada tempoh ia terendam dalam banjir.

"Jika ia terjejas, Shinkansen berkenaan tidak boleh beroperasi lagi," kata jurucakap JR East kepada Japan Times.

Kos bagi menghasilkan sebuah Shinkansen menelan belanja sekitar 300 juta yen (RM11.5 juta).

Kesemua 10 buah Shinkansen yang beroperasi di stesen Hokuriko itu dianggarkan bernilai 30 bilion yen (RM1.16 bilion) jika ia dileraikan sepenuhnya menjadi besi buruk. - Agensi

Artikel Berkaitan: