Akaun Facebook wanita jual ibu RM3 palsu

Tular pemilik akaun Facebook menggunakan nama Friska Meila Anastasya dikaitkan dengan penjualan ibunya berharga 10,000 rupiah (RM3).
Tular pemilik akaun Facebook menggunakan nama Friska Meila Anastasya dikaitkan dengan penjualan ibunya berharga 10,000 rupiah (RM3).
A
A
A

JAKARTA - Pemilik akaun Facebook menggunakan nama Friska Meila Anastasya dikaitkan dengan penjualan ibunya yang berharga 10,000 rupiah (RM3) di media sosial adalah palsu.

Seorang wanita bernama Rhina Kirei Mantik mendedahkan gambar yang digunakan oleh Friska itu adalah miliknya dan akaun Facebooknya itu juga adalah palsu.

"Ini perempuan guna foto saya! Dan akaun ini sengaja menimbulkan sensasi atau apa ya? Kenapa menggunakan akaun palsu dan tidak guna gambar sendiri? @Friska Meila Anastasya semoga hidup kamu diberkati di mana pun berada, kerana orang seperti kamu akan menuai apa yang anda tabur," tulisnya.

Rhina Kirei Mantik mendedahkan wanita itu menggunakan gambarnya.
Rhina Kirei Mantik mendedahkan wanita itu menggunakan gambarnya.

Semalam, heboh seorang wanita bernama Friska mahu menjual ibunya kerana menyusahkan hidupnya mendapat kecaman netizen.

"Dijual ibu berpenyakit. Harga 10,000 rupiah (RM3) saja. Yang minat silakan datang ke Blitar. Uruskan orang tua tidak berguna ini. Dijual kerana menyusahkan. Barang yang sudah dibeli tidak boleh dikembalikan" tulis pengguna Facebook itu.

Menurut laporan media Indonesia, melalui status berkenan, pengguna Facebook itu menyatakan membenci ibunya kerana sakit dan menyebabkan dia terpaksa membelanjakan wang yang banyak.

Bagaimanapun akaun itu didapati sudah dipadam tetapi imej tangkap layar status terbabit kini tular di media sosial lain.

Artikel Berkaitan:

Menurut laporan Tribunnews, Friska dipercayai berasal dari Blitar, Jawa Timur berang kerana mempunyai ibu yang sakit dan dalam status berasingan, dia turut melontarkan kata-kata kasar terhadap ibunya, malah menyamakan wanita itu dengan haiwan.

Dia mengakui membenci ibu bapanya kerana membuatkan hidupnya menderita serta menghabiskan wangnya.

"Iri hati dengan mereka yang lahir dalam keluarga kaya kerana dimanjakan ibu bapa dengan kemewahan.

“Berbeza dengan ibu bapa saya, mereka memberi alasan sakit dan pening kepala. Kalau berpenyakit, lebih baik mati kerana menyusahkan anak,” tulisnya.

Sementara itu, akhbar Surya Malang melaporkan, polis Blitar kini menyiasat akaun terbabit selepas menerima aduan daripada orang ramai.