Guru besar meninggal selepas main badminton

Mangsa rebah dan meninggal dunia selepas bermain badminton di Dewan Sri Bernam malam tadi.
Mangsa rebah dan meninggal dunia selepas bermain badminton di Dewan Sri Bernam malam tadi.
A
A
A

SABAK BERNAM - Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 38 rebah dan meninggal dunia selepas bermain badminton di Dewan Sri Bernam di sini malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon berkata, isterinya dihubungi seorang rakan mangsa kira-kira jam 11.15 malam tadi memaklumkan suaminya, Japri Ismail, 53, pitam di tempat kejadian.

"Bagaimanapun sejurus isteri mangsa tiba di gelanggang badminton pegawai perubatan mengesahkan suaminya sudah meninggal dunia," katanya.

Chee Khoon berkata, bedah siasat yang dilakukan di Hospital Tengku Ampuan Jemaah mendapati mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung.

Artikel Berkaitan: