Pengimport produk perikanan patuhi syarat

Antara produk perikanan diperiksa dalam operasi penguatkuasaan di laluan kargo Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, di sini, Rabu lepas.
Antara produk perikanan diperiksa dalam operasi penguatkuasaan di laluan kargo Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, di sini, Rabu lepas.
A
A
A

ALOR SETAR - Kesemua pengimport pelbagai produk perikanan mematuhi syarat yang ditetapkan.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kedah, Lily Rosalind berkata, kira-kira 143.4733 tan pelbagai produk berkaitan diperiksa dalam operasi penguatkuasaan di laluan kargo Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam di sini Rabu lepas.

Menurutnya, operasi itu dilaksanakan dalam usaha memperketatkan kawalan pintu masuk sempadan bagi membanteras kemasukan produk perikanan tanpa mematuhi syarat ditetapkan.

Menurut beliau, operasi selama 10 jam bermula jam 2 petang itu melibatkan lima anggota penguatkuasa bersama tujuh anggota Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Sepasukan anggota Maqis dan LKIM melakukan pemeriksaan dalam kargo di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, di sini, Rabu lepas.
Sepasukan anggota Maqis dan LKIM melakukan pemeriksaan dalam kargo di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, di sini, Rabu lepas.

"Pemeriksaan ke atas tujuh konsainan kargo yang membawa pelbagai jenis ikan itu dianggarkan bernilai RM 143 473. Kesemua pengimport didapati mematuhi syarat yang telah ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Beliau berkata, pengimport yang dikenal pasti melanggar syarat boleh disiasat di bawah seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. Jika disabitkan bersalah akan didakwa di bawah seksyen 11(3) Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

"Denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya," katanya.

Artikel Berkaitan: