Renjatan elektrik bukan cara baharu

Munir
Munir
A
A
A

MERSING - Menangkap ikan dengan renjatan elektrik bukan kaedah baharu yang digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan.

Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Munir Mohd Nawi berkata, kaedah itu tidak diketahui umum namun digunakan termasuk di kawasan pulau untuk mendapatkan pelbagai spesies marin.

"Penggunaan elektrik ini cara lama cuma kita tidak tahu. Di pulau dari dulu sampai sekarang mereka kutip semua termasuk gamat," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Program Pelancaran Tukun Rekreasi dan Tukun Udang Kara Bersama Komuniti Perikanan di sini semalam.

Pada 10 Oktober lalu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan nelayan Vietnam yang menangkap ikan menggunakan kaedah renjatan elektrik di perairan Pulau Tokong Burung dekat Kuala Rompin, Pahang.

Munir berkata, kegiatan itu boleh ditangani jika orang ramai terus menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.

"Setiap Taman Laut di Malaysia ini ada renjer. Orang kampung kita sebagai 'local heroes' dan kita ada penguat kuasa. Jadi kalau kita bekerjasama akan berjaya.

"Kita juga seperti polis tidak hanya bertugas di tepi jalan raya sahaja. Ada masa tertentu sahaja jadi masa lain itu kita perlukan maklumat yang disalurkan kepada pusat operasi. Jika kita tidak ada maklumat kita tak boleh ambil tindakan," katanya.

Artikel Berkaitan: