Pendebat sekolah dan tajuk debat politik

Isu debat yang tular di media sosial.
Isu debat yang tular di media sosial.
A
A
A

SEKARANG ini kecoh pasal debat.

Zaman Merak Jalanan bersekolah dulu, kami berebut-rebut nak jadi pendebat sebabnya golongan pendebat ini popular di sekolah dan nama disebut-sebut selain dijadikan contoh.

Kalau yang lelaki, memang ada fan sendiri, siap ada budak perempuan simpan gambar dalam purse. Alah, cerita zaman sekolah semuanya best.

Dulu-dulu, tajuk debat pun semua baik-baik. Contohnya, Akademik dan Wang, Mana Lebih Penting; Telefon Bimbit di Sekolah: Wajar atau Tidak dan Sejarah Tanah Air, Pembina Semangat Anak Bangsa.

Tetapi sekarang ini, tajuk pelik-pelik macam yang tular itulah. Bagi Merak Jalanan, hendak buat sesuatu biar ada manfaat. Kalau dah terang lagi bersuluh usah dipersoalkan lagi.

Janganlah cetuskan kekeliruan orang ramai. Memang tujuannya betul untuk mendedahkan pendebat dalam suasana pertandingan di peringkat antarabangsa. Konon, tajuk mereka lagi pelik-pelik dan mampu uji kebijaksanaan pendebat.

Macam yang Merak Jalanan cakap tadilah, nak buat apa-apa kena fikir apa sumbangan kepada audiens. Sekarang ini zaman serba pantas, 24 jam itu macam 10 minit sahaja. Berapa kali kelip mata dah malam.

Oleh itu, jangan buat sesuatu yang sia-sia. Berdebat untuk sesuatu yang sudah jelas itu sia-sia. Banyak lagi tajuk yang lebih membina yang hasil rumusannya boleh menjadi makanan minda.

Artikel Berkaitan:

Cari tajuk yang boleh membantu mengukuhkan akhlak dan boleh menyumbang kepada pembangunan tamadun bangsa.Apatah lagi, apabila dibahaskan oleh pelajar peringkat menengah rendah. Memang tidak sesuai dengan tahap pemikiran dan akademik. Lainlah kalau peserta dalam kalangan penuntut universiti.

Memanglah, Kementerian Pendidikan (KPM) menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam sistem pendidikan tetapi biarlah tercapai dek akal dan seiring dengan usia, takut kelak mereka digelar ‘mufti’ tak bertauliah.