Jualan Gudang Teakita Shaanteak tawar diskaun hebat perabot jati

Mohamad Sultan Bhat menunjukkan antara perabot yang dihasilkan daripada kayu jati bermutu tinggi yang dijualnya.
Mohamad Sultan Bhat menunjukkan antara perabot yang dihasilkan daripada kayu jati bermutu tinggi yang dijualnya.
A
A
A

MENAWARKAN diskaun 50 hingga 70peratus. Itu antara peluang menarik buat para peminat perabot jati pada Jualan Gudang Teakita Shaanteak Sdn Bhd pada 20 dan 21 Oktober ini.

Jualan gudang buat julung kalinya itu diadakan di gudang jualannya di Teakita no. 7 Jalan Astana 1C, Bandar Bukit Raja di sini.

Pengarah Urusan Teakita Shaanteek Sdn Bhd, Mohamad Sultan Bhat berkata, pelbagai pilihan perabot jati menanti para pengunjung.

"Perabot ini sememangnya dihasilkan daripada kayu jati dan menariknya kayu jati ini merupakan kayu jati yang mempunyai kelasnya yang tersendiri.

"Pelbagai barangan antaranya meja makan, kerusi, katil, buaian dan pelbagai lagi kelengkapan rumah yang dihasilkan daripada kayu jati yang berkualiti dan pastinya mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri," katanya kepada Sinar Harian di pejabatnya di Bukit Raja di sini hari ini.

Katanya, perabot yang dijual ini dihasilkan daripada kayu jati yang mempunyai gred yang tersendiri.

"Kayu-kayu jati ini mempunyai nilai dan grednya tersendiri. Ia dilihat dari usia pokok jati itu sendiri, jika pokok jati berkenaan agak lama maka harganya akan menjadi lebih mahal.

"Dan juga dari segi kedudukan pokok tersebut, nilainya berbeza dari segi lokasi sama ada pokok tersebut terletak berhampiran sawah atau dataran," katanya.

Artikel Berkaitan:

Perabot dihasilkan dengan penuh berseni dan berhati-hati untuk menjaga nilai estetikanya yang tersendiri.
Perabot dihasilkan dengan penuh berseni dan berhati-hati untuk menjaga nilai estetikanya yang tersendiri.

Menurutnya, pihaknya kali ini mengadakan jualan gudang bagi memberikan pengalaman berharga buat para peminat jati untuk melihat sendiri kualiti perabot yang dijual ini.

"Sememangnya jualan gudang sebegini kita adakan buat julung kalinya yang mana tidak pernah diadakan sebegini sebelum ini.

"Jadi orang ramai khususnya para peminat perabot jati dijemput untuk bersama hadir bagi memeriahkan dan melihat sendiri hasil seni dan nilai estetika perabot jati yang dijual ini," katanya.

Dalam pada itu, katanya, pihaknya turut menerima tempahan perabot mengikut citarasa orang ramai yang berminat.

"Ada sesetengah pelanggan berminat untuk memiliki perabot mengikut citarasanya yang tersendiri, di Teakita Shaanteak kita bersedia untuk menerima tempahan perabot yang diminati," katanya.