Penduduk di utara Syria didakwa melecur teruk

Imej diperoleh daripada saluran berita Kurdish, RUDAW menunjukkan anggota Pasukan Palang Merah merawat mangsa serangan di sebuah hospital di Tal Tamr. - Foto: AFP
Imej diperoleh daripada saluran berita Kurdish, RUDAW menunjukkan anggota Pasukan Palang Merah merawat mangsa serangan di sebuah hospital di Tal Tamr. - Foto: AFP
A
A
A

DAMSYIK - Media tempatan di Syria mendakwa penduduk di bandar utara, Ras al-Ayn tiba di hospital dengan kesan terbakar dipercayai berpunca daripada sebatian kimia tidak diketahui.

Agensi berita SANA memetik sumber tempatan melaporkan beberapa penduduk melecur teruk mendapatkan rawatan di Hospital Hasaka.

Ras al-Ayn telah menjadi medan pertempuran antara pejuang Kurdish dan tentera Turki yang melancarkan Operation Peace Spring pada 9 Oktober lalu.

Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia (SOHR) memaklumkan tentera Turki dan proksi mereka telah menguasai kira-kira separuh daripada bandar ditadbir Kurdish itu menjelang pada tadi.

Ankara menegaskan operasi ketenteraan itu akan diteruskan sehingga pejuang Unit Perlindungan Rakyat Kurdish (YPG) yang didakwa mempunyai kaitan dengan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang diisytiharkan sebagai pertubuhan pengganas oleh Turki dihapuskan sepenuhnya.

Operasi tersebut yang dibantah masyarakat antarabangsa itu dilancarkan selepas Amerika Syarikat memanggil pulang pasukan tentera mereka dari kawasan itu pada minggu lalu. - Agensi

Artikel Berkaitan: