Isteri pelakon Tarzan maut ditikam anak sendiri

Valerie Lundeen Ely maut ditikam anak lelakinya di rumahnya di Santa Barbara.
Valerie Lundeen Ely maut ditikam anak lelakinya di rumahnya di Santa Barbara.
A
A
A

CALIFORNIA - Isteri kepada pelakon utama siri televisyen Tarzan, Ron Ely meninggal dunia akibat ditikam anak lelaki mereka di rumahnya di bandar Santa Barbara, Amerika Syarikat Selasa lalu.

Menurut pihak berkuasa, bekas pemenang ratu cantik Miss Florida, Valerie Lundeen Ely, 62, ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman.

Polis kemudiannya menamakan anak mereka Cameron Ely, 30, sebagai suspek utama.

"Suspek menimbulkan ancaman sehingga memaksa pegawai melepaskan tembakan. Namun, bilangan tembakan dilepaskan tidak dapat dikenal pasti kerana ada beberapa pegawai terlibat dalam operasi itu," jelas pegawai penerangan pejabat sherif Santa Barbara County, Leftenan Erik Raney.

Ron Ely, 81, tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi dibawa ke hospital untuk diperiksa.

Dia mula dikenali selepas memegang watak sebagai Tarzan yang disiarkan di stesen penyiaran NBC antara tahun 1966 hingga 1968.

Pada tahun 1981 dan 1982, Ron Ely menjadi pengacara ratu cantik Miss America dan berkahwin dengan Lundeen Ely pada 1984.

Selain Cameron, pasangan tersebut mempunyai dua anak perempuan iaitu Kirsten dan Kaitland. - Agensi

Artikel Berkaitan: