Rawang dilanda banjir kilat

Jalan B27 lokasi hotspot banjir setiap kali musim hujan. -Foto Orang awam
Jalan B27 lokasi hotspot banjir setiap kali musim hujan. -Foto Orang awam
A
A
A

RAWANG - Beberapa kawasan sekitar Rawang dilanda banjir kilat susulan hujan lebat petang tadi.

Sekitar jam 7 petang tadi, Jalan B27 Rawang menghala Batu Arang tidak boleh dilalui selepas dihalang takungan air dari limpahan sungai Rawang.

Difahamkan 30 rumah di Tun Perak turut terjejas dengan banjir kilat di paras 0.5 meter sekitar jam 6 petang tadi.

Antara kawasan lain terlibat adalah susur masuk tol Rawang, Sungai Dua dan Bandar Country Homes Fasa 4.

Artikel Berkaitan: