Debat Piala Tun Razak: Lima bapa buat laporan polis

Mahathir (tengah) bersama empat bapa pelajar yang lain buat laporan polis berhubung isu tajuk pertandingan Debat Piala Tun Razak.
Mahathir (tengah) bersama empat bapa pelajar yang lain buat laporan polis berhubung isu tajuk pertandingan Debat Piala Tun Razak.
A
A
A

KAJANG – Lima bapa pelajar dari beberapa buah sekolah di sini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang terhadap penganjur debat Pertandingan Debat Piala Tun Razak 2019.

Salah seorang bapa, Mahathir Abdul Majid berkata, pihaknya membantah penganjuran debat tersebut yang turut diwakili oleh sekolah anaknya.

“Tajuk debat itu sangat mengguris hati ibu bapa kerana ia berunsur provokatif, biadab dan menghina Islam,” katanya ketika di temui di IPD Kajang tadi.

Mahathir berkata, pihaknya berharap tindakan tegas diambil terhadap pihak berkenaan sebagai pengajaran kepada penganjur agar tidak kejadian sebegini tidak berulang lagi.

“Saya berharap perkara ini dapat disiasat kerana ibu bapa mahu mengetahui apakah ada pihak lain berada di belakang penganjur itu?,” katanya.

Terdahulu, penganjur pertandingan debat itu telah memohon maaf berikutan kritikan terhadap tajuk debat yang menyentuh soal Islam dan al-Quran sehingga mencetuskan rasa tidak selesa kepada pihak terlibat.

Dalam kenyataan bersama Mohammad Aidil Ali dan Iyad Zakiy Amal yang merupakan ketua pengadil berkata, usul debat berkenaan hanya bersifat hipotetikal dan bukannya cubaan untuk membawa 'agenda liberal.'

ARTIKEL BERKAITAN Penganjur Debat Piala Tun Razak mohon maaf

Artikel Berkaitan: